fbpx

Levia Residence catat kadar pengambilan 75 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lee Thian Hock (empat dari kiri) bersama Mohamad Haslah (empat dari kanan) pada majlis pelancaran Levia Residence dan pusat jualan projek tersebut di Cheras, Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Projek pembangunan kondominium Levia Residence di Cheras oleh Matrix Concepts Holdings Berhad me­nerima sambutan menggalakkan daripada pembeli dengan merekodkan kadar pengambilan 75 peratus selepas prapelancarannya pada Oktober lalu.

Ia melibatkan Menara A projek berkenaan, yang terdiri daripada 389 unit meliputi empat jenis kediaman A hingga D dengan keluasan binaan antara 767 kaki persegi hingga 1,364 kaki persegi (71.2 – 126.7 meter persegi).

Levia Residences, terletak di kawasan seluas 1.9 hektar, terdiri daripada dua menara 36 tingkat dengan kadar pembangunan kasar (GDV) RM523 juta dan di­jangka siap menjelng suku tahun ketiga 2027.

Kesemua unit jenis A yang berharga paling rendah sudah habis diambil, unit yang masih ditawarkan ialah jenis B hingga D bermula dengan keluasan 938 kaki persegi (87.2 meter persegi) pada harga daripada RM684,000.

Pengasas dan Timbalan Pengerusi Eksekutif Matrix Concepts, Datuk Seri Lee Tian Hock berkata, pihaknya optimis terhadap prospek industri hartanah kediaman semasa dan ini dapat dilihat pada kadar pengambilan Levia Residences yang memberangsangkan.

“Kami masih merancang strategi penjualan untuk Menara B projek ini, yang mana tarikh pelancaran dan harganya masih belum ditentukan, namun ia di­jangka lebih tinggi sedikit berbanding Menara A.

“Matrix Concepts kini berada pada landasan tepat untuk mencapai sasaran jualan RM1.3 ­bilion yang ditetapkan bagi tahun kewangan semasa (berakhir Mac 2024),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sempena majlis pelancaran Levia Residence dan Galeri Jualan Levia Residence di sini.

Sementara itu, Pengerusi Matrix Concepts, Datuk Mohamad Haslah Mohamad Amin dalam ucapannya berkata, Levia Residence merupakan pelancaran kedua pihaknya di Lembah Klang selepas Chambers Residence di Kuala Lumpur pada 2018 yang telah pun dijual sepenuhnya.

“Kami sedang me­rancang untuk melancarkan projek kondominium di Damansara Perdana pada hujung tahun ini,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI