fbpx

Kebumi rangka manusia seperti jenazah biasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. FARED (dua dari kiri) menyerahkan bantuan mesin pencetak sumbangan Perbadanan Islam Johor (PIJ) kepada penuntut Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) di Perpustakaan Tunku Tun Aminah UTHM, Batu Pahat hari ini.

BATU PAHAT – Rangka manusia tidak sempurna yang ditemui di dalam sebuah rumah terbiar di Jalan Imam Jailani, Kampung Batu 7, Tongkang Pechah di sini Jumaat lalu perlu disemadikan seperti jenazah biasa sekiranya benar ia milik individu beragama Islam.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Negeri Johor, Mohd. Fared Mohd. Kalid berkata, rangka itu perlu dimandikan, dikafankan, dan dikebumikan seperti tubuh badan jenazah yang sempurna.

“Pengurusannya adalah seperti biasa macam uruskan mayat yang sebetulnya setakat mana tulang ditemui serta disatukan walaupun tidak sempurna,” katanya.

Mohd. Fared berkata demikian selepas Majlis Penyerahan Memorandum Persefahaman antara Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan Perbadanan Islam Johor (PIJ) di Perpustakaan Tunku Tun Aminah UTHM, di sini hari ini.

Terdahulu, pihak polis menemui rangka manusia tidak sempurna bersama tengkoraknya di Lorong Imam Jailani Kampung Batu 7, Tongkang Pecah di Batu Pahat kira-kira pukul 2 petang Jumaat lalu.

Penemuan rangka manusia tidak sempurna itu hasil daripada panduan salah seorang suspek utama kes kehilangan seorang wanita ibu tunggal, Mira Sharmila Samsusah, 32, yang dilaporkan hilang sejak 14 Disember tahun lalu.

Dalam pada itu, seramai 147 penuntut UTHM tahun pertama program diploma dan ijazah daripada golongan B40 anak-anak Johor terpilih untuk menerima Bantuan Mesin Cetak melalui perjanjian persefahaman (MoU) Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum (PPUK) dengan PIJ.

Ujarnya, menerusi program bantuan itu, PIJ telah menyalurkan dana Inkind sebanyak RM44,100 dalam bentuk mesin pencetak melalui Kumpulan Fokus Penyelidikan Succeed, PPUK dan Pejabat Hal Ehwal Pelajar.

“Saya berharap kerjasama seumpama ini dapat memberi manfaat berterusan bukan sahaja kepada UTHM dan PIJ, malah kepada pelajar dan masyarakat khususnya di negeri Johor,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI