fbpx

Ibu disangka kekasih anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita ini kelihatan sebaya dengan anak lelakinya yang sudah remaja. – TikTok

JAKARTA – Seorang wanita di Indonesia menjadi perhatian pengguna media sosial selepas berkongsi gambar dia bersama anak lelakinya yang kelihatan sebaya, lapor portal berita Okezone semalam.

Gambar itu dimuat naik di platform TikTok @nona.manis100.

Dalam hantaran berkenaan, wanita yang identitinya tidak dikenal pasti itu menunjukkan gambar dia bersama anak lelakinya yang masih kecil pada 2013. 

Gambar kedua yang dirakam tahun ini pula memaparkan mereka berdiri di hadapan sebuah kafe.

Apa yang menjadi perhatian netizen adalah wanita berkenaan kelihatan muda meskipun anak lelakinya telah meningkat remaja.

Ia membuatkan ramai netizen mendakwa bahawa kedua-dua mereka kelihatan sebaya dan bagaikan pasangan kekasih.

“Ibunya kelihatan seperti kekasih. Awet muda,” kata seorang pengguna media sosial.

“Ibunya semakin muda,” kata netizen lain. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI