fbpx

Green Day puji vokal Olivia Rodrigo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VOKALIS Green Day, Billy Joe Armstrong suka ton suara Olivia dan sudi mahu berduet dengan penyanyi muda itu.

PENYANYI Olivia Rodrigo berbangga selepas vokalnya mendapat pujian vokalis kumpulan Green Day iaitu Billy Joe Armstrong.

Lebih membuatkan penyanyi berusia 20 tahun itu teruja apabila Armstrong turut meluahkan keinginan untuk merakamkan sebuah lagu duet bersamanya.

Menerusi temu bual bersama majalah Vultures, Rodrigo berkata, dia sangat meminati kumpulan yang popular menerusi lagu American Idiot itu, dan tidak menyangka dipelawa untuk menyanyi bersama dengan pemuzik kegemarannya.

“Saya amat meminati Green Day sejak dahulu lagi. Lebih membuatkan saya teruja apabila vokalisnya memuji vokal saya dan mahu berkolaborasi bersama,” katanya.

Sementara itu, Armstrong memberitahu, Rodrigo merupakan seorang penyanyi yang memiliki bakat besar selain vokalnya yang unik.

“Rodrigo seorang penyanyi muda yang memiliki bakat besar. Selain itu, vokalnya juga sangat unik dan menarik.

“Saya tidak sabar untuk berkolaborasi dengannya,” ujar Armstrong.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI