fbpx

Doktor saran dma Islam buat pemeriksaan mental

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar antara video yang dimuat naik dma Islam di TikTok miliknya.

PETALING JAYA – Seorang doktor perubatan, Dr. Khairul Hafidz Alkhair Khairul Amin menyarankan pempengaruh media sosial yang dikenali sebagai dma Islam untuk membuat pemeriksaan mental.

Khairul Hafidz yang juga Pengerusi MedTweetMY berkata, cadangan itu dibuat susulan kandungan yang dimuat naik dma Islam atau nama sebenarnya Danial Mirza dikhuatiri boleh memberi kesan negatif kepada golongan muda.

“Ramai yang kata kamu troll atau ‘in character’ (menjiwai watak) tapi saya bimbang ada sesuatu yang lain.

“Kamu adalah orang yang berpengaruh dan ramai anak muda yang percaya dengan apa yang kamu kata, jadi saya bimbang dengan perkataan yang keluar dari mulut kamu,” katanya di Twitter, kelmarin.

Tambah Khairul Hafiz, beliau berharap pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) itu dapat melakukan pemeriksaan dengan segera.

“Jika tiada apa-apa, tunjukkan bukti ini kepada semua kamu telah diperiksa oleh doktor pakar. Jadi masa itu, barulah saya yakin kamu sedang troll,” jelasnya.

Nama dma Islam menjadi sebutan sejak kebelakangan ini dan berjaya meraih populariti menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok miliknya.

Pempengaruh itu yang terkenal dengan menggunakan perkataan ‘bocah’ (keanak-anakan) sering memuat naik kandungan motivasi sebelum beralih kepada pembangunan diri.

Bagaimanapun, rata-rata mempersoalkan tentang personaliti dan watak yang dibawakan oleh dma Islam meskipun dia mendakwa kandungan yang dibuat melebihi tahap pemikiran biasa. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI