fbpx

Bos kripto Terraform, Do Kwon fail perlindungan muflis di AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DO KWON dibawa ke sebuah mahkamah di Podgorica selepas dia ditangkap pada 24 Mac 2023. – AFP

WASHINGTON – Terraform Labs yang merupakan syarikat  mata wang kripto milik usahawan Korea Selatan,  Do Kwon memfailkan perintah perlindungan muflis di Amerika Syarikat (AS), demikian menurut dokumen mahkamah semalam.

Mata wang kripto Terraform Labs, TerraUSD dan Luna runtuh pada 2022. Ia menyebabkan pelabur-pelabur rugi  AS$40 bilion (RM188.86 bilion). Kerugian dalam pasaran mata wang kripto global pula lebih besar, dianggarkan lebih AS$400 bilion (RM1.88 trilion).

Kwon yang merupakan pengasas bersama Terraform pada 2018,  ditangkap di Montenegro pada tahun lalu dan sedang menunggu untuk diekstradisi sama ada ke AS atau Korea Selatan.

Dia berdepan dakwaan jenayah penipuan di kedua-dua negara itu.

Permohonan muflis itu akan membolehkan Terraform melaksanakan pelan perniagaannya semasa berdepan prosedur undang-undang.

“Terraform berhasrat memenuhi semua obligasinya kepada kakitangan dan vendor semasa kes Chapter 3 (undang-undang muflis) berlangsung dan tidak memerlukan pembiayaan kewangan tambahan untuk berbuat demikian,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

Permohonan syarikat itu di negeri Delaware menyenaraikan kedua-dua  aset dan liabilitinya  dalam lingkungan antara AS$100 juta (RM472.15 juta)  hingga AS$500 juta (RM2.36 bilion).

Kwon memiliki 92 peratus saham Terraform, demikian menurut permohonan tersebut.

Pada tahun lalu, pihak berkuasa sekuriti AS mendakwa Kwon dan Terraform kerana melakukan penipuan aset kripto berjumlah berbilion-bilion dolar. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI