fbpx

Berkahwin atau cerai, Julia Robert tetap laris

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JULIA ROBERTS

AKTRES yang pernah bergelar American Sweet Heart, Julia Roberts berasa sangat beruntung menikmati kemasyhuran dalam dunia glamor sebelum mendirikan rumah tangga dengan suami pertamanya, iaitu pemuzik, Lyle Lovett.

Ujar pelakon berusia 56 tahun itu, dia sempat menikmati zaman kegemilangan selepas membintangi filem Pretty Woman pada tahun 1990, sebelum berkahwin tiga tahun kemudian.

Kata Roberts, selepas berkahwin, dia tidak lagi mengejar populariti kerana sudah melalui zaman tersebut.

“Saya berasa sangat bersyukur kerana sebelum berkahwin, saya sudah pun menikmati zaman kegemilangan.

“Jadi selepas berumah tangga, saya tidak lagi mengejar populariti kerana sudah pernah melalui fasa tersebut,” ujarnya.

Biarpun perkahwinannya bersama Lovett berakhir dengan perceraian pada tahun 1995, Roberts tidak menyesal kerana tetap laris dalam dunia hiburan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI