NAMA Fasha Sandha tidak pernah merudum dalam industri hiburan tanah air. Lakonannya daripada selembut-lembut watak sehinggalah ke peranan antagonis, semuanya dijiwai dengan sempurna. Seiring gemerlapnya karier lakonan, pemilik nama penuh Nur Fasha Sandha Hassan itu tidak pernah sunyi daripada dihimpit kontroversi mahupun kecaman yang terbit dari bibir ramai netizen. Meledak apabila drama lakonannya, Rampas Cintaku yang ditayangkan dalam platform IQIYI menjadi fenomena dengan 100 juta tontonan digital, lakonan aksi panas Fasha dalam Rampas Cintaku 2 sekali lagi mengundang kata nista…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya