fbpx

Ahli sindiket dadah terbesar Sabah tiba di Mahkamah Kota Kinabalu untuk pendakwaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota sindiket dadah terbesar di Sabah termasuk dalang utama yang juga seorang ahli perniagaan bergelar Datuk tiba di Mahkamah Kota Kinabalu untuk pendakwaan, hari ini.

KOTA KINABALU – Anggota sindiket dadah terbesar di Sabah termasuk dalang utama yang merupakan ahli perniagaan bergelar Datuk tiba di mahkamah di sini untuk pendakwaan sebentar tadi.

Mereka memasuki kawasan mahkamah pada pukul 8.18 pagi dengan menaiki trak polis.

Kumpulan tersebut dikawal ketat oleh anggota polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dengan dibantu Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah.

Sebelum ini, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay memaklumkan, JSJN menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah jenis syabu terbesar di Sabah, yang aktif sejak 2015.

Kelihatan pihak berkuasa turut berkawal sewaktu ketibaan anggota sindiket dadah terbesar di Sabah di Mahkamah Kota Kinabalu hari ini.

Dalam serbuan serbuan pada 25 Disember lalu di sekitar Kota Kinabalu, Tawau dan Semporna itu, pihak berkuasa menahan seramai 10 lelaki termasuk dalang utama sindiket tersebut yang berusia 40 tahun bergelar Datuk.

Siasatan awal mendapati, sindiket memperoleh bekalan dadah dari negara jiran dan menyeludup masuk bahan terlarang itu ke Sabah untuk pasaran sekitar negeri ini selain Indonesia dan Filipina.

Siasatan awal mendapati suspek utama yang juga penaung badan bukan kerajaan (NGO) memiliki kekayaan luar biasa dipercayai hasil aktiviti pengedaran dadah sejak lapan tahun lalu.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI