fbpx

Agong perkenan calon TYT Sarawak baharu, bakal umum minggu ini – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar.

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertua Negeri Sarawak baharu dijangka diumumkan dalam minggu ini selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau telah menyerahkan nama calon tersebut kepada Seri Paduka Baginda minggu lalu.

“Proses pelantikan TYT seperti kita tahu adalah (hasil bicara) Yang di-Pertuan Agong dan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg telah kemukakan calon nama itu kepada saya.

“Jadi, perkara itu telah mendapat perkenan Seri Paduka Baginda dan akan diumumkan mungkin satu dua hari lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Perasmian Wacana Pemikir Global 2024 di Dewan Tunku Canselor, Univesiti Malaysia, di sini hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan Tan Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar telah meletak jawatan sebagai Speaker Dewan Negara dan dikatakan sedang bersiap sedia untuk dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak.

Mengulas mengenai Speaker Dewan Negara, Anwar berkata, perkara itu masih dalam perbincangan.

“Kita akan adakan mesyuarat sekretariat Kerajaan Perpaduan malam ini supaya dapat disegerakan pelantikannya,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI