fbpx

153 PATI terbabit jenayah di Kelantan sepanjang 2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhamad Zaki (tengah) memakaikan pangkat Sarjan kepada Norliza Azlina Awang Lah dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh di IPK Kelantan di Kota Bharu hari ini. - Foto oleh ROSLIZA MOHAMED / KOSMO!

KOTA BHARU – Seramai 153 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditangkap selepas terlibat dalam pelbagai kegiatan jenayah di negeri ini sepanjang tahun lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, daripada jumlah itu, kes kecurian melibatkan PATI mencatatkan jumlah tertinggi dengan 45 tangkapan diikuti 32 tangkapan bagi kes pecah rumah.

Menurut beliau, seramai 28 warga asing pula diberkas bagi kes khianat, rompakan berkumpulan menggunakan kenderaan (15), menceroboh (8), pukul (7) dan ugutan jenayah (6).

“Kita turut menahan tiga PATI terbabit kes bunuh, dua suspek bagi kes peras ugut dan masing-masing satu tangkapan kes rogol dan penculikan.

“Semua PATI yang ditahan merupakan warga Bangladesh, Thailand, Indonesia, Myanmar dan Pakistan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pemakaian Lencana Pangkat Pegawai Rendah Polis dan Penyampaian Surat Penghargaan Peringkat Kontinjen Kelantan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Muhamad Zaki memberitahu, jumlah tangkapan pada tahun lalu mencatatkan peningkatan berbanding 2022 apabila seramai 121 warga asing dicekup sepanjang tahun tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI