fbpx

1,464 maklumat sulit milik peserta acara larian didakwa bocor 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar data milik peserta acara larian di Kuala Lumpur yang tertiris ke internet.

PETALING JAYA – Seorang peserta acara larian di Kuala Lumpur terkejut apabila data peribadinya dipercayai bocor dan boleh diakses secara terbuka di sebuah laman web.

Menurut sebuah hantaran oleh Pendakwah Teknologi di laman Facebook, pemeriksaan lanjut mendapati maklumat sulit daripada hampir 1,464 peserta yang menyertai larian tersebut pada tahun 2020 telah tersebar ke internet.

“Semua ini adalah berdasarkan makluman salah seorang peserta berdasarkan mesej yang beliau hantarkan kepada saya,” katanya.

Pendakwah Teknologi berkata, antara maklumat yang bocor itu adalah nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat tempat tinggal dan alamat e-mel.

“Kami minta agar Jabatan Perlindungan Data Peribadi Malaysia (JPDP), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Kementerian Komunikasi ambil tindakan segera untuk tangani isu ini,” katanya.

Tambah Pendakwah Teknologi, kategori jumlah data yang dibocorkan juga adalah antara yang terbesar tahun ini.

Meninjau ke ruangan komen, orang ramai meluahkan kegusaran masing-masing mengenai keselamatan data sendiri yang mungkin telah tertiris tanpa sedar.

“Ketirisan data yang berlaku terlalu kerap merupakan punca ‘scammer’ mudah mendapatkan data orang awam,” kata Muhammad.

“Saya tengok di Telegram ramai orang jual data. Pembeli pun ramai di situ. Saya pernah tegur tapi terus kena ‘kick’,” kata Lynn.

“Tahniah, teruskan bongkar, kami berada di belakang,” kata Xei.

Kini, hantaran tersebut telah menerima 1,900 tanda suka dan 1,000 perkongsian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI