fbpx

Watie dikecam sebab seluar ketat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SELUAR ketat yang dipakai Watie baru-baru ini mengundang rasa kurang senang dalam kalangan netizen.

PETALING JAYA – Tidak henti-henti mengundang teguran, isteri pelawak Shuib, Watie Hanifiah kembali menjadi sasaran netizen susulan sekepiing foto memaparkan dirinya berseluar ketat yang dianggap tidak sepatutnya dipakai seorang wanita bertudung.

Disebabkan seluar tersebut, ruangan komen hantaran Instagram Watie atau nama penuhnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 36, dibanjiri dengan netizen yang kurang senang dengan gaya tersebut.

Selain teguran, dia turut dibanding-bandingkan dengan Allahyarham Siti Sarah yang dipuji kerana berpakaian lebih sopan.

“Watie sudah cantik dan disukai ramai tetapi kalau boleh janganlah kerap memakai seluar ketat seperti legging itu.

“Ketatnya seluar, wanita sebeginikah yang menggantikan Siti Sarah.

“Saya suka awak tapi kalau boleh pakailah pakaian lebih longgar sebab tidak manis dilihat orang lain,” kata segelintir netizen.

Tidak berdiam diri, Watie bagaimanapun menerima semua teguran tersebut dan mengatakan dia ‘okey’ walaupun selepas menerima kecaman hebat ramai.

“Okey (diikuti emoji bentuk hati berwarna merah),” balasnya pada seorang wanita.

Shuib mendirikan rumah tangga bersama Watie pada 23 Jun tahun lalu.

Sebelum ini, Shuib mendirikan rumah tangga dengan penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin pada 2011. Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI