LONDON – Seorang wanita berusia 47 tahun kelihatan jauh lebih muda dengan wajah tidak berkedut walaupun tanpa suntikan botox, lapor portal berita The Sun semalam.
Wanita dikenali sebagai Lucero itu berkongsi wajahnya di platform TikTok menggunakan akaun @lucero.iv.
“Saya mahu membuat video pendek untuk menerangkan tentang produk yang saya gunakan sekarang,” katanya.
Kata Lucero, dia menggunakan kedua-dua produk gred perubatan dan produk kecantikan yang disyorkan oleh pakar dermatologi.
“Saya sudah menggunakannya selama dua tahun dan ia benar-benar membantu diri saya,” katanya lagi.
Sebilangan netizen yang menonton videonya berkata, mereka seperti tidak percaya usia Lucero menjangkau 47 tahun kerana menyangka dia baru berumur 29 tahun. – AGENSI