fbpx

‘Tak cukup lagi ke nafkah RM800 saya bagi tu?’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Seorang suami ‘garu kepala’ apabila isterinya merungut nafkah yang diberi pada setiap bulan berjumlah RM800, masih tidak mencukupi.

Menerusi luahan si suami di Facebook Kisah Rumah Tangga, dia bertanyakan pendapat kepada para isteri berkenaan pemberian nafkah bulanan yang dianggap jumlahnya sudah mencukupi.

Ujarnya, wang nafkah itu diberi ‘bersih’ tanpa isterinya perlu membayar apa-apa bil, malah barangan rumah juga ditanggung oleh suami.

“Saya seorang suami. Dapat gaji saya bayar rumah RM1,000, bil api air RM300, insurans RM500, bagi mak RM300, kereta RM500 dan motosikal RM450.

“Saya berbincang dengan isteri untuk bagi nafkah RM800. Jumlah ni bersih, dia tidak perlu bayar atau beli apa-apa.

“Sebab saya cakap keperluan rumah dan lain-lain saya akan ikut sama-sama beli dan bayarkan. Kalau keluar nak makan apa-apa saya juga bayarkan,” luahnya.

Akan tetapi, ujarnya, isterinya masih menyatakan jumlah RM800 itu masih tidak mencukupi dan turut meminta penambahan nafkah dalam bentuk wang ringgit lagi.

“Isteri saya cakap RM800 nafkah tu tak cukup. Apa pendapat isteri-isteri dalam ni? Tak cukup lagi ke apa saya bagi tu?,” soalnya.

Susulan itu, di ruangan komen, ramai wanita memberikan pendapat bahawa jumlah itu sangat memadai dengan keadaan ekonomi sekarang dan menasihati si isteri supaya sentiasa bersyukur.

“Mak cik rasa RM800 tu lebih daripada cukup. Sebab untuk dia sahaja. Isteri patut bersyukur. Kalau si isteri bekerja ada lagi belanja untuk diri sendiri nanti. Berasa cukup itu lebih penting, nanti Allah beri lebih,” komen Siti Noormala.

“Kalau saya lebih daripada cukup. Saya dapat RM50 pun sudah gembira sangat-sangat. Syukur setakat mana suami mampu bagi,” komen Rakinah pula.

“Alhamdulillah, terlebih dari cukup dah tu. Kena belajar bersyukur, untung sangat dah tu,” komen Rita pula.

“Tabah ya encik suami. Dugaan awak untuk membimbing lagi. Semoga isteri tahu bahawa dia paling beruntung dapat encik,” komen Nurul Ain juga. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI