BATU PAHAT – Kakak kepada Bella, Norisham Samsusah, 36, melahirkan rasa terkilan dan mempersoalkan proses siasatan terhadap kehilangan adiknya, Mila Sharmila, 32, yang hilang sejak 14 Disember lalu.
Malah menurut kenyataan wanita itu di laman Facebook miliknya menzahirkan rasa kecewa dengan tindakan pasukan penyiasat yang dikatakan lambat bertindak dalam mengesan kedudukan Bella.
“Sekarang selepas 38 hari, apa yang saya dan keluarga dapat, kamj cuma dapat rangka.
“Kenapa masa reman (suspek) tidak tekan (soal siasag) dia habis-habis, kalau tahu awal mana Bella disorokan,
mesti keluarga dapat ‘body’ (mayat) bukan rangka.
“Walaupun ‘body’ dah tak bernyawa tapi masih boleh kami peluk cium untuk kali terakhir,” tulisnya dalam satu hantaran di Facebook miliknya.
Norisham mendakwa dia dan ahli keluarga turut telah melakukan bermacam cara dengan mencari bukti yang orang terakhir bersama Bella adalah perlaku (teman lelaki).
Menurutnya, dia dan adiknya itu sentiasa berhubung dan berkongsi apa jua yang dihadapi mereka seumpama tiada rahsia yang dikongsikan berkaitan kehidupan mereka.
“Saya dan Bella ni sentiasa ‘share’ (kongsi) benda apa kami nak buat.. Bella takkan hilang macam ni.
“Masa hari ‘last chat’ (terakhir mesej) 14.12.2023 pukul 11.38pm Bella tanyakan sesuatu, saya dah jawab kemudian Bella senyap… Mungkin masa tu ‘last’ nyawa dia dihabiskan,” katanya.-KOSMO! ONLINE