fbpx

Ranking Harimau Malaya jatuh mendadak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMAIN negara, Stuart Wilkin (No. 8) cuba mengekang pergerakan tonggak Bahrain, Mohammed Al Hardan (kiri) pada aksi yang berkesudahan Malaysia tewas 0-1. - FAM

KUALA LUMPUR – Kehilangan mata berharga ekoran dua kekalahan pada aksi Kumpulan E Piala Asia bertemu Jordan dan Bahrain menyaksikan kedudukan ranking Harimau Malaya kini jatuh mendadak berbanding kemas kini 130 pada 21 Disember lalu.

Daripada perkiraan tidak rasmi, dua kekecewaan itu menyaksikan skuad negara ditolak kira-kira 25.15 mata sekaligus akan jatuh ke kedudukan 136 dunia.

Satu-satunya cara untuk menyelamatkan situasi daripada lebih buruk adalah dengan cipta keputusan positif ketika pertemuan dengan gergasi Asia, Korea Selatan, Khamis ini.

Bagaimanapun, situasinya agak sukar buat Harimau Malaya memandangkan Korea Selatan dijangka akan pertaruhan barisan terkuat untuk memastikan kemenangan bagi mengesahkan status selaku juara Kumpulan E.

Sekiranya tewas, skuad negara dijangka akan hilang 12.29 mata lagi sekaligus mungkin memburukkan lagi kedudukan pasukan dalam ranking dunia.

Untuk rekod, skuad negara mencatatkan peningkatan 15 anak tangga dalam tempoh setahun sepanjang 2023 dimana kemas kini pada 22 Disember 2022 menyaksikan Harimau Malaya berada di tempat ke 145. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN