fbpx

Polis Johor percepatkan keputusan DNA rangka manusia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kamarul Zaman

JOHOR BAHRU – Polis akan memohon kepada Jabatan Kimia untuk mempercepatkan keputusan proses ujian asid deoksiribonukleik (DNA) ke atas sampel rangka manusia yang ditemui di dalam sebuah rumah terbiar di Jalan Imam Jailani, Kampung Batu 7, Tongkang Pechah, Batu Pahat, Jumaat lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat ketika dihubungi Kosmo! memaklukan secara ringkas bahawa keputusan sampel DNA itu akan diperolehi sekurang-kurangnya dalam minggu ini.

Katanya, permohonan mempercepatkan keputusan DNA itu bagi merungkaikan misteri kehilangan Bella atau Mira Sharmila Samsusah, 32, yang dilaporkan hilang sejak 14 Disember tahun lalu.

“Ya, Polis Johor akan memohon keputusan ujian DNA ke atas sampel rangka manusia itu dipercepatkan bagi merungkaikan sama ada tulang itu milik Bella atau individu lain,”katanya ringkas.

Terdahulu, pada sidang akhbar pada Jumaat lalu, Kamarul Zaman memaklumkan pihaknya sudah mengambil sampel DNA daripada kakak dan ibu Bella untuk mengesahkan sama ada rangka itu milik wanita berkenaan atau sebaliknya.

Ibu tunggal dua anak itu dilaporkan hilang pada 14 Disember tahun lalu selepas ahli keluarganya gagal menghubunginya sebelum membuat dua laporan polis pada 16 dan 18 Disember tahun lalu.

Bella dikatakan keluar dengan memakai baju kelawar berwarna gelap untuk ke dobi mencuci pakaian sambil ditemani teman lelakinya.

Namun, kakaknya, Norisham, 36, memaklumkan adiknya itu hilang selepas beberapa hari tidak dapat dihubungi dan pelik apabila telefon bimbit, dompet yang mengandungi pengenalan diri serta pakaian yang hendak dibasuh serta kunci pintu rumah ada di kediaman Bella.

Selepas 37 hari misteri kehilangan Bella menjadi tanda tanya, pada pukul 2 petang, Jumaat lalu, Polis Johor berjaya mengesan rangka manusia ditemui tidak sempurna di dalam sebuab rumah terbiar di Kampung Batu 7, Tongkang Pechah, Batu Pahat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI