fbpx

Penat bekerja, lelaki terlelap rempuh tiang elektrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN kereta dipandu mangsa selepas merempuh tiang elektrik di Jalan Munshi Abdullah, Melaka, pagi tadi.

MELAKA – Sebuah kereta jenis Perodua Bezza terbabas merempuh tiang elektrik, gara-gara pemandunya dikatakan terlelap akibat keletihan selepas pulang daripada bekerja di Jalan Munshi Abdullah, di sini, kira-kira pukul 7.10 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, maklumat kemalangan diterima oleh Kaunter Aduan Trafik Melaka Tengah pada pukul 7.20 pagi.

Katanya, hasil siasatan mendapati kemalangan berlaku ketika mangsa yang berusia 27 tahun, dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Merdeka Jaya selepas tamat syif bekerja di sebuah kilang, dekat sini.

“Akibat kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan di tangan kanan dan dibawa ke Hospital Melaka untuk menerima rawatan,” katanya ketika dihubungi hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI