fbpx

Penagih dadah lempar helaian, cebisan al-Quran ditangkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kelihatan helaian dan cebisan al-Quran yang telah dikoyakkan di tepi jalan besar Palong, di sini, semalam. - Foto PDRM

JEMPOL – Seorang penagih dadah ditangkap polis susulan dipercayai telah melemparkan helaian dan cebisan al-Quran yang telah dikoyakkan di tepi jalan besar Palong, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata, pihaknya menerima laporan berhubung insiden biadab berkenaan dari seorang wanita pada pukul 8.30 malam.

Menurutnya, wanita tersebut telah ternampak perbuatan tersebut dilakukan oleh seorang suspek lelaki berusia 37 tahun menaiki motosikal, selain polis turut menerima dua lagi laporan berkaitan penemuan helaian al-Quran dan senaskah al-Quran di tepi jalan besar Palong.

“Bertindak atas maklumat dan laporan dari pengadu, polis telah berjaya menangkap suspek dan merampas senaskah al-Quran. Hasil siasatan awal, suspek mengaku terlibat dalam kejadian ini dan saringan air kencing suspek didapati positif dadah jenis Methamphetamine.

“Suspek juga mempunyai dua rekod jenayah di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) dan satu rekod di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Ujar Chang Hook lagi, suspek akan di bawa ke mahkamah hari ini untuk permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) untuk siasatan lanjut.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI