fbpx

Pekerja Gig akan dibela kerajaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid bersama pelajar yang menerima sumbangan bantuan dan tetamu yang hadir pada majlis tersebut di Pusat Konvensyen IRDKL, Shah Alam, hari ini. -Foto SADDAM YUSOFF/KOSMO!

SHAH ALAM- Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi akan memastikan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) ditubuhkan bagi membela pekerja dalam industri terbabit.

Menurutnya, beliau telah menyatakan komitmennya berhubung perkara tersebut ketika pertemuannya dengan penggiat industri berkenaan pada tahun lalu.

“Malah, Perdana Menteri ketika kempen Pilihan Negeri (PRN) Selangor pada tahun lalu turut berjumpa dengan pekerja p-hailing di negeri itu.

“Pada hemat saya, memang SEGiM ini mesti dilakukan disebabkan 1.12 juta rakyat Malaysia yang terlibat dalam industri GiG,” katanya selepas menghadiri Majlis Ponggal Perpaduan 2024 di Pusat Konvensyen IRDKL, di sini, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan Sekreteriat Forum GiG Ekonomi Malaysia bersedia untuk menjadi orang tengah menyelesaikan isu yang dihadapi penggiat industri GiG sehingga kerajaan menubuhkan SEGiM.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, beliau akan memastikan SEGiM direalisasikan dengan persetujuan semua Jemaah Menteri.

“Sebelum ini pun, pernah bawa cadangan ini dan saya akan realisasikan dengan persetujuan Jemaah Kabinet.

“Apapun, pekerja GiG harus mencarum dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) yang mana, pihak majikan mereka bertanggungjawab melakukan caruman tersebut selain caruman dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP),” ujarnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI