fbpx

Menggigil lihat cucu hampir mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASUKAN penyelamat dan orang kampung mengangkat Muhammad Izz Muttaqin yang ditemui dalam keadaan lemah di Kampung Tengah, Jeneri kelmarin.

SIK – Seorang datuk tidak me­nyangka cucunya yang merupakan kanak-kanak autisme berjalan bersendirian ke kawasa tali air berhampiran rumahnya sehingga menyebabkan mangsa terjatuh dan nyaris lemas kelmarin.

Che Adli Yahaya, 60, berkata, ketika kejadian, cucu sulungnya, Muhammad Izz Muttaqin Muhamad Rizal, 4, tinggal bersama neneknya, Hasnah Hashim, 54, manakala dia pula ke masjid untuk menunaikan solat asar.

“Kejadian berlaku dalam sekelip mata kerana sebelum kejadian cucu saya berada bersama neneknya di dalam rumah.

“Dia kemudiannya berada dalam tali air yang jaraknya 50 meter dari rumah. Mungkin dia buka pintu pagar dan berjalan keluar tanpa memakai kasut dan baju,” katanya di sini semalam.

Ketika kejadian pada pukul 4.30 petang di Kampung Te­ngah, Jeneri itu, mangsa ditemui terlangkup di permukaan tali air tersebut.

Menurut Che Adli, sebaik ter­sedar cucu hilang, isterinya segera mencarinya di sekeliling rumah sebelum menemuinya terapung di tali air yang mempunyai kedalaman kira-kira satu meter.

“Tindakan pantas isteri dapat menyelamatkan cucu kesaya­ngan saya itu. Kami kemudian meminta pertolongan orang kampung untuk memanggil Pa­sukan Briged Sukarela Yayasan Jariah Malaysia untuk dibawa ke Hospital Daerah Sik (HDS),” katanya.

Ujar Che Adli, ibu bapa cucunya berada di Kuala Lumpur ke­rana bekerja dan mangsa tinggal bersamanya sejak lahir.

“Saya bersyukur kerana cucu berada dalam keadaan stabil di HDS, namun masih dalam pemantauan doktor,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI