fbpx

Kerajaan, TH sepenuh usaha bantu jemaah haji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr Zulkifli beramah mesra dengan peserta kursus sempena Majlis Perasmian Penutupan Kursus Asas Haji di Masjid Kariah Paroi Jaya, di sini, hari ini. Foto NOR AINNA HAMZAH

SEREMBAN – Kerajaan dan Lembaga Tabung Haji telah berusaha sebaik mungkin bagi membantu meringankan beban kos kewangan bakal jemaah yang terpilih menunaikan rukun islam kelima itu tahun ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr. Zulkifli Hasan berkata, bantuan kewangan yang sangat besar bakal diberikan kepada jemaah haji mengikut kategori.

Menurutnya, bakal haji kumpulan B40 akan menerima Bantuan Kewangan Haji dan bantuan kerajaan sebanyak 63 peratus daripada kos keseluruhan haji.

“Bayaran haji bagi kumpulan M40 yang pertama kali menunaikan ibadat haji pula adalah sebanyak 42 peratus daripada kos keseluruhan. Kerajaan dan TH sepenuh usaha bantu ringankan (beban kewangan) jemaah haji kita tahun ini,” katanya ketika ditemui sempena Majlis Perasmian Penutupan Kursus Asas Haji di Masjid Kariah Paroi Jaya, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau ketika ditanya mengenai desas-desus penyaluran subsidi yang menggunakan duit pendeposit, menasihatkan supaya pendeposit tidak bimbang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI