TEL AVIV – Sejumlah keluarga tebusan menyatakan bahawa mereka hilang kepercayaan terhadap kerajaan pimpinan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, lapor portal berita TRT World semalam.
Mereka berkata, Netanyahu gagal membebaskan semua tebusan yang ditawan kumpulan Hamas di sebalik melancarkan perang besar-besaran di Gaza.
Menurut media Israel, waris mangsa berkata, mereka kini mencari jalan sendiri untuk menyelamatkan semua tebusan itu termasuk warga asing di Gaza tanpa memberi butiran terperinci mengenai kaedah yang akan digunakan.
Kelmarin keluarga-keluarga tebusan itu mengadakan tunjuk perasaan di luar kediaman Netanyahu di Caesarea dan mendesak supaya dia melakukan lebih banyak usaha untuk membebaskan mereka.
Hamas didakwa membunuh kira-kira 1,100 orang termasuk warga asing dan melarikan beratus-ratus tebusan dalam serangan berskala besar ke atas Israel pada 7 Oktober 2023.
Anggaran jumlah tebusan yang masih ditawan Hamas berubah-ubah tetapi Netanyahu berkata baru-baru ini bahawa bilangan mereka kekal 253 orang.
Lebih 100 tebusan itu dibebaskan pada hujung tahun lalu sebagai sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata Hamas-Israel. – AGENSI