fbpx

#GengSubuhMacamJumaat di tiga masjid utama minggu depan – Jakim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD NA'IM (tengah) ketika hadir menyempurnakan Misi Bantuan Pasca Banjir Agensi Di Bawah Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di Dewan Kampung Sungai Telor, Kota Tinggi, hari ini.

KOTA TINGGI – Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) menyokong usaha selebriti, Alif Satar yang menggerakkan #GengSubuhMacamJumaat dengan mengimarahkan usaha itu di tiga buah masjid utama di bawah pentadbirannya bermula minggu depan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata tiga masjid berkenaan adalah Masjid Putra, Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin dan Masjid Negara sebelum digerakkan ke masjid yang lain.

Katanya, kempen tersebut diteruskan di peringkat persekutuan susulan kejayaan kempen berkenaan yang dimulakan selebriti tersebut ditambah pula dengan kejayaan Program Semarak Subuh dianjurkan kerajaan negeri Johor.

“Kita akan mendukung dan menyokong. Tagline dia subuh macam Jumaat kita akan kekalkan dan kita akan berikan sokongan kepada beliau sama juga Datuk Menteri Besar (Datuk Onn Hafiz Ghazi) dan (Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Negeri Johor) Mohd Fared Mohd Khalid dan menyokong usaha-usaha ini di peringkat negeri serta sudah tentu di peringkat persekutuan Jakim.

“Ia akan diadakan bermula 27 Januari, insha-Allah akan berterusan kerana kita akan bekerjasama dengan sesiapa sahaja yang mengajak kepada kebaikan.

“Sebab itu saya mengharapkan golongan muda dan belia macam Alif Satar dengan pangkat yang dia ada sebagai selebriti mampu membawa anak-anak muda ini (ke masjid),” katanya selepas menyempurnakan Misi Bantuan Pasca Banjir Agensi Di Bawah Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di Dewan Kampung Sungai Telor, Kota Tinggi, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI