fbpx

Dua kapal perang Britain berlanggar di Bahrain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DUA kapal Tentera Laut Diraja British berlanggar di sebuah pelabuhan di Bahrain, Khamis lalu. - Foto X@militaryBanter

MANAMA, Bahrain – Sebuah kapal perang Tentera Laut Diraja Britain merempuh sebuah lagi kapal perang milik Britain dalam kemalangan di  Bahrain, lapor saluran berita Press TV semalam.

Nahas berlaku di sebuah pelabuhan, manakala sebuah kapal berkenaan berisiko karam.

Dalam video yang disiarkan di internet, kapal lebih lama,  HMS Chiddingfold merempuh kapal HMS Bangor pada Khamis lalu.

Pelanggaran  itu mengakibatkan lubang besar pada badan kapal HMS Bangor.

“Terdapat kerosakan ketika ia (HMS Chiddingfold) cuba mengundur ke belakang.

“Kru HMS Chiddingfold tidak dapat mengubah haluannya, Bahagian dalamannya juga rosak. Kapal ini tidak akan dapat digunakan untuk sementara waktu,” kata satu sumber.

Seorang jurucakap tentera Britain mengesahkan kemalangan yang memalukan itu.

“Tiada kemalangan jiwa dalam  kejadian ini. Maklumat lanjut tidak dapat diberikan kerana kemalangan ini  masih disiasat,”  kata jurucakap itu. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI