fbpx

Cerita orang nak ‘hapus’ Bella tak betul – Kakak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mira Sharmila bersama anak lelakinya Eusuf sebelum kehilangannya pada 14 Disember tahun lalu.

BATU PAHAT – Berita berkaitan ada orang yang ingin ‘menghapuskan’ Bella seperti disiarkan sebuah berita hari ini dinafikan oleh kakaknya, Norhisham Samsusah, 36.

Malah Norhisham turut mempersoalkan dari mana pihak berkenaan mendapat cerita yang tidak pernah diceritakannya apatah lagi daripada adiknya Mira Sharmila walaupun sebelum tarikh kehilangan.

Katanya, ibu saudaranya juga tidak pernah mendengar cerita berkenaan kerana pada waktu itu Bella hidup dalam keadaan yang baik-baik serta bahagia dengan kehidupannya.

“Saya tak tahu mana mereka dapat cerita ini,” jawapnya selepas ditanya tentang berita yang mengatakan ada orang nak hapuskan’ Bella hari ini.

Norhisham turut menafikan beberapa cerita lain yang tular dalam aplikasi WhatsApp atau TikTok sejak berita penemuan rangka manusia tidak sempurna di Lorong Imam Jailani, Kampung Batu 7, Tongkang Pechah, Batu Pahat kelmarin.

Dalam pada itu, melalui status yang dimuat naik dalam akaun TikTok miliknya melahirkan rasa terkilan kerana mungkin tidak dapat melihat adiknya, seperti seperti sebelum kehilangannya pada 14 Disember tahun lalu sekiranya rangka manusia yang ditemui itu adalah Bella.

Ujarnya, Bella umpama belahan jiwanya dan rapatnya kasih sayang dua beradik itu membuatkan mereka saling mengetahui apa yang dilakukan atau berlaku walaupun tidak duduk bersama.

“Macam-macam usaha sudah saya lakukan untuk mendapatkan semula Bella. Kenapa rangka yang kami dapat, tidak dapatkan kami melihat untuk kali terakhir wajah Bella?,”katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI