fbpx

Bom mortar lama ditemui tertanam di pintu masuk Rumah Seri Kenangan Taman Kemumin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebutir bom mortar yang sudah berkarat ditemui berhampiran pintu masuk Rumah Seri Kenangan Taman Kemumin, Pengkalan Chepa semalam. -Foto PDRM

KOTA BHARU – Penghuni dan warga emas yang tinggal di Rumah Seri Kenangan Taman Kemumin (RSKTK), Pengkalan Chepa, di sini gempar berikutan penemuan sebutir bom mortar lama atau Unexploded Ordinance (UXO) berhampiran pintu masuk rumah tersebut semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, pihaknya menerima panggilan daripada seorang lelaki berusia dalam lingkungan 40-an yang menemui satu objek menyerupai bom kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

Menurutnya, lelaki itu sedang menjalankan kerja-kerja menggali lubang untuk penanaman kabel di kawasan tersebut menggunakan jengkaut sebelum menjumpai objek seperti bahan letupan.

“Unit Pemusnah Bom telah bergegas ke lokasi kejadian dan mengesahkan objek berkenaan merupakan UXO jenis mortar 81mm dengan ukuran panjang 40 sentimeter yang sudah berkarat selain tiada sebarang tandaan.

“Bom tersebut berjaya dimusnahkan oleh Unit Pemusnah Bom, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan bersama Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu di satu kawasan selamat kira-kira pukul 4.17 petang semalam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd. Rosdi memberitahu, tiada sebarang kemalangan atau insiden yang tidak diingini semasa proses pemusnahan bom dijalankan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI