fbpx

405 suri rumah terima faedah SKSSR berjumlah RM1.09 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Steven bersama pemimpin komuniti sempena program Kesuma Madani bersama komuniti sempena Thaipusam di Jalan Kebun Bunga, hari ini.

GEORGE TOWN – Seramai 405 suri rumah berdaftar (SRB) dengan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) telah menerima faedah berjumlah RM1.09 juta sejak Disember 2022 hingga Disember 2023.

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong berkata, sebanyak 31 kes melibatkan kes hilang upaya kekal dengan bayaran faedah berjumlah RM30,000 kepada SRB dan 20 kes pula melibatkan elaun keuzuran kepada SRB (faedah berjumlah RM26,624).

Katanya, 46 kes adalah bayaran ganti belanja (faedah perubatan dan faedah kemudahan pemulihan jasmani berjumlah RM12,142 ); 319 kes faedah pengurusan mayat berjumlah RM632,214; dan bayaran pencen penakat kepada SRB melibatkan 228 kes berjumlah RM393,142.

”Skim SKSSR ini mendapat sambutan yang agak baik daripada suri rumah, dan antara matlamat Perkeso pada tahun ini ialah untuk memperluas perlindungan SKSSR ini kepada suri rumah.

”Kita mahu memastikan suri rumah juga mendapat perlindungan sepenuhnya kerana kerajaan melihat suri rumah sebagai salah satu komponen penting dalam ekonomi negara ini,” katanya dalam sidang akhbar sempena program Kesuma Madani bersama komuniti sempena Thaipusam di Jalan Kebun Bunga, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, pihaknya juga akan mempergiat usaha memperkenalkan SKSSR kepada suri rumah menerusi program turun padang Kesuma Madani.

“Buat permulaan program Kesuma Madani ini akan dijalankan di Batu Caves dan Pulau Pinang sempena perayaan Thaipusam dan program ini akan diperluas ke lokasi-lokasi lain selepas ini.

”Sempena Thaipusam kali ini pihak kementerian akan membuka reruai dan suri rumah masyarakat India boleh mendapatkan maklumat mengenai skim ini, orang ramai juga boleh mendapatkan pelbagai maklumat lain berkaitan dengan kementerian di reruai ini,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI