fbpx

Zarina Anjoulie tawar diri jadi penyampai radio

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NETIZEN terhibur dan menyokong gurauan bersahaja Zarina Anjoulie menawarkan dirinya menjadi penyampai radio.

PETALING JAYA – “Ambil aku jelah jadi deejay radio. Aku ni dah la janda sendu, miskin pula tu”.

Demikian seloroh pelakon sensasi, Zarina Anjoulie ketika meninggalkan komen membabitkan isu penamatan kontrak penyampai radio Suria FM, Tyzo.

Kata pemilik nama sebenar Zarina Anjoulie Lavocah Mohd. Fahizul, 36, andai diambil bekerja, dia akan melaksanakan amanah tersebut dengan sepenuh hati.

“Insya-Allah aku akan berikan yang terbaik,” tulisnya dalam ruangan komen laman sosial sebuah portal hiburan.

Respons itu ditinggalkan Zarina dalam hantaran yang menunjukkan video Pengerusi Star Media Radio Group (SMRG), Datuk Dr. Mohd Aminuddin memberikan kenyataan dalam sidang media, semalam.

Menerusi video berkenaan, Aminuddin menyifatkan prestasi penyampai radio DJ Lin atau Rosalinda Abdul Majid cemerlang sehingga tiada sebab menamatkan khidmatnya walaupun wujud gesaan pihak tertentu.

Dilihat cuba meredakan ketegangan isu yang hangat diperkatakan sejak minggu lalu, gurauan Zarina yang mesra disapa Anju itu mengundang perhatian netizen.

Rata-rata warga maya terhibur dengan gurauan bersahaja aktres berusia 38 tahun itu yang menggunakan ‘modal’ statusnya sebagai ibu tunggal atau janda.

Malah, komennya mengundang lebih 40 respons peminat yang menyokong dan berharap gurauan aktres sensasi tersebut menjadi kenyataan.

“Saya tak dengar radio ni Anju, tapi kalau kau jadi DJ, saya yang duduk Sabah ‘confirm’ mahu dengar,” kata seorang pemilik akaun Instagram.

“Anju kalau jadi DJ radio sah dapat rating tertinggi, pecah rekod terus,” ujar peminat lain.

“Anju jadi penyampai, saya yang tak dengar radio pun terus layan,” ulas seorang netizen.

Semalam, Suria FM mengadakan sidang media khas susulan kontroversi penamatan kontrak Tyzo selain menjawab kecaman ramai terhadap DJ Lin yang juga pengurus besar saluran terbabit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI