fbpx

Wanita hamil dua pasangan kembar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EBONY (dua dari kiri) tidak menyangka dia hamil dua set bayi kembar. - Ebony Apps/Caters News

BRISBANE, Australia – Seorang wanita di Australia terkejut selepas diberitahu bahawa dia bakal melahirkan dua pasang bayi kembar dalam satu masa, lapor akhbar Daily Mirror semalam.

Ebony Apps, 23, dan pasangannya, Jayden, 21, pada awalnya diberitahu bahawa mereka akan mendapat bayi kembar ketika melakukan imbasan buat pertama kali di sebuah hospital.

Ebony tidak percaya apabila diberitahu mengenai berita itu kerana dia pernah mengalami dua kali keguguran sebelum ini.

Dia berkata: “Saya hampir pengsan apabila mendapat tahu saya mengandungkan empat bayi, manakala Jayden tergamam.”

Menurutnya, sebelum melakukan pemeriksaan ultrabunyi buat pertama kali, dia menjangkakan hanya terdapat seorang bayi.

“Kami kemudian diberitahu oleh doktor bahawa saya mengandungkan anak kembar. Pada imbasan kedua, kami diberitahu terdapat empat bayi iaitu dua pasangan kembar,” ujarnya. 

Ebony dijangka melahirkan keempat-empat anaknya pada Jun depan, namun disebabkan keadaan dialaminya, dia merancang untuk bersalin menerusi kaedah pembedahan pada April ini. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI