PETALING JAYA – Seorang pesakit menderita batuk tidak berhenti selama tempoh dua bulan ditambah lagi ada bau busuk dari hidungnya, gara-gara terdapat kulat atau ‘fungus’ di dalam rongga sinus.
Perkara itu diceritakan oleh seorang Pakar telinga, hidung dan tekak dikenali sebagai Dr. Tengku menerusi perkongsian di TikTok berhubung pesakit yang dirawatnya.
“Pesakit bagitahu saya dia batuk tak berhenti dah dua bulan. Dia juga kata bau yang busuk dari hidung.
“Bila saya ‘scope’, nampak ada lendir mukus yang pekat. Rupa-rupanya ada kulat (fungus) dalam rongga sinus. Jadi saya keluarkan kulat tu,” katanya menerusi keterangan pada video TikTok.
Beliau turut menunjukkan kulat tersebut yang menyebabkan bau tidak enak dan batuk berpanjangan kepada pesakitnya.
Menjawab pertanyaan seorang pengikut, Dr. Tengku menjelaskan punca ia berlaku apabila kebiasaannya daripada persekitaran yang dijangkiti ‘fungus’.
“Jadi ‘fungus’ itu masuk ke sinus apabila orang tu tarik nafas,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE
@drtengkuent Punca pesakit batuk berpanjangan #cough #chroniccough #sinusitis #fungus #badbreath ♬ Smooth Criminal (2012 Remaster) – Michael Jackson