fbpx

‘Simpan stok minyak masak bimbang tak cukup’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
S. Jegan (kiri) bersama anggota penguatkuasa KPDN Pulau Pinang ketika menyerbu sebuah pasar raya di Nibong Tebal, petang semalam.

SEBERANG PERAI – Seorang pemilik sebuah pasar raya di negeri ini memberi alasan terpaksa menyimpan stok minyak masak peket dalam kuantiti yang banyak kerana bimbang tidak dapat memenuhi permintaan tinggi daripada pelanggan ketika ini.

Tindakan lelaki tempatan berusia 30-an itu berjaya dikesan dalam serbuan di sebuah pasar raya di kawasan perindustrian Valdor, tidak jauh dari Sungai Jawi di sini, petang kelmarin.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang, S. Jegan berkata, terdahulu, premis perniagaan terbabit diserbu sepasukan anggota penguatkuasa KPDN negeri susulan satu risikan yang dibuat beberapa hari sebelum itu.

Jegan berkata, hasil siasatan mendapati, pemilik pasar raya yang juga seorang warga tempatan berusia 30-an itu memiliki simpanan minyak masak peket berjumlah 4,480 kilogram (kg) secara keseluruhannya berbanding had yang dibenarkan iaitu sebanyak 1,000 kg.

“Hasil soal siasat mendapati, dia mendapat bekalan minyak masak itu daripada beberapa pembekal di sekitar Pulau Pinang dan telah beroperasi sejak setahun yang lalu.

“Sehubungan itu, kita bertindak menyita kesemua minyak masak berkenaan yang dianggarkan bernilai RM8,700 bersama beberapa dokumen lain untuk siasatan lanjut,” katanya di sini, petang kelmarin.

Tambah beliau, pihaknya juga percaya minyak masak tersebut mungkin dijual dengan harga yang lebih tinggi memandangkan pasar raya berkenaan terletak berhampiran asrama pekerja asing di sini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI