fbpx

Piala Asia: Jordan gagal kejutkan Korea Selatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERTAHANAN Jordan, Yazan Al-Arab (No. 5) dihimpit kecewa apabila tertampan bola ke gawang sendiri untuk memberikan gol penyamaan buat Korea Selatan pada aksi di Stadium Al Thumama, sebentar tadi. - AFP

KUALA LUMPUR – Dua jaringan sendiri melengkapkan drama aksi kedua Kumpulan E antara Korea Selatan dan Jordan yang berkesudahan dengan keputusan seri 2-2 di Stadium Al Thumama, sebentar tadi.

Bekas import Selangor, Yazan Al-Arab menjadi pemain paling kecewa apabila ‘mengahadiahkan’ gol penyamaan buat Korea Selatan ketika perlawanan baharu saja memasuki minit pertama daripada 11 minit masa kecederaan babak kedua.

Kapten Korea Selatan, Son Heung-min memastikan permulaan cemerlang buat pasukannya apabila tenang menyempurnakan penalti seawal minit kesembilan namun jaringan itu langsung tidak beri kesan besar kepada persembahan Jordan.

Jordan kekal dengan semangat melawan dan minit ke-37, tekanan yang dilakukan Al-Arab mengakibatkan Park Yong-woo tertanduk bola ke gawang sendiri untuk menjadikan kedudukan kembali seimbang.

Gol penyamaan itu seakan memberikan tenaga tambahan buat Jordan yang akhirnya memperoleh gol kedua daripada Yazan Al Naimat pada masa kecederaan babak pertama.

Bersambung babak kedua, Taegeuk Warriors terus berdepan kesukaran dengan menyaksikan Jordan begitu berdisiplin melakukan tugasan bertahan.

Memasuki pertengahan babak kedua, The Chivalrous Ones mula mengendurkan serangan dan mula memenuhi kawasan sendiri bagi menyekat asakan bertali arus yang dilakukan Korea Selatan.

Bagimanapun, sebaik aksi memasuki masa kecederaan babak kedua, usaha Al-Arab untuk menyekat percubaan Korea Selatan jadi mimpi ngeri apabila bola melantun ke gawang sendiri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI