fbpx

Peruntukan RM113 juta baiki jalan, cerun rosak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALEXANDER (dua dari kanan) diberi penerangan mengenai lokasi jalan rosak ketika meninjau Jalan Kota Tinggi - Johor Bahru di Kota Tinggi hari ini. Foto RAJA JAAFAR ALI/ KOSMO!

KOTA TINGGI – Kerajaan memperuntukkan sejumlah RM113 juta untuk membaiki jalan dan cerun yang rosak di negeri-negeri semenanjung yang terjejas akibat Monsun Timur Laut (MTL), baru-baru ini.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, empat negeri yang paling teruk terjejas adalah Johor, Pahang, Kelantan dan Terengganu.

Bagaimanapun katanya, kerja-kerja tersebut hanya boleh mula dilakukan selepas MTL berakhir, dijangka pada Mac depan.

“Akibat monsun, beberapa jalan dan cerun di negeri-negeri semenanjung telah mengalami kerosakan. Kementerian telah terima permohonan untuk membaiki dengan peruntukan RM113 juta, permohonan itu telah diluluskan.

“Sejumlah RM55.4 juta diperuntukkan untuk membaik pulih 48 lokasi kerosakan cerun, manakala RM57.6 juta pula diperuntukkan untuk membaik pulih 81 lokasi jalan yang rosak,” katanya kepada pemberita selepas meninjau kerosakan jalan cerun di Jalan Johor Bahru – Kota Tinggi, di sini hari ini.

Tambah Nanta Linggi, pecahan peruntukan itu melibatkan sebanyak RM30.17 juta di Johor, manakala di Kelantan (RM34 juta); Pahang (RM28.3 juta) dan Terengganu (RM11.3 juta), manakala bakinya melibatkan beberapa negeri lain.

Sementara itu, beliau turut memberitahu, pihaknya akan memohon peruntukan berjumlah RM120 juta bagi menaikkan aras jalan di empat lokasi sepanjang laluan Jalan Kota Tinggi – Mersing. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI