PETALING JAYA – Seorang lelaki berjaya memecah rekod membeli nasi kandar ‘termahal’ dengan pelbagai lauk termasuk sotong dan udang kesemuanya berharga RM218, di sebuah premis di Pulau Pinang.
Perkara itu dikongsikan pada Facebook restoran Nasi Kandar Sulaiman di Pulau Pinang, mengenai lelaki tersebut yang dikatakan berjaya memecah rekod di kedai berkenaan.
“RM218 pecah rekod. Rekod terbesar setakat ini. Seorang makan sampai RM200.
“Fuh, saya sendiri tak sangka! Orang pertama masuk RM200. Amat-amat dahsyat, tak disangka orang Pulau Pinang,” menurut hantaran itu hari ini.
“Lembut, padu punya… ‘surr’,” komen pelanggan yang membeli nasi kandar berharga RM218.
Semalam, premis tersebut memuat naik hantaran seorang pelanggannya memecah rekod membeli nasi kandar bersama pelbagai lauk dengan harga RM114.50.
“Pertama kali seorang makan lebih RM100. Orang Pulau Pinang, orang pertama masuk RM100. Rasanya rekod ini akan kekal sampai tahun depan,” katanya. – KOSMO! ONLINE