fbpx

Ingat senang siasat Tun-Tun – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar.

KLANG – Masyarakat termasuk pemimpin di negara ini disarankan agar terus memberikan sokongan dalam penyiasatan melibatkan orang kaya termasuk individu bergelar Tun.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, siasatan itu bagi memastikan tiada penyelewengan berlaku di kalangan mereka yang kaya di negara ini.

Tanpa menyebut mana-mana individu, Anwar menjelaskan, beliau berasa pelik apabila tindakan siasatan terhadap golongan berkenaan ditentang sesetengah pihak.

“Setahun telah berlalu dan kita baru adakan pemukiman jemaah menteri serta tingkatkan usaha kita dari segi pelaksanaan. Tidak mudah.

“Hutang banyak, curi duit ini, curi, curi, curi. Pemimpin-pemimpin banyak kes dan bila kita hendak ambil tindakan hanya marah-marah.

“Ini Perdana Menteri, ini kasar sangat hendak ambil tindakan. Ini bagi saya aneh, sepatutnya ‘you’ sokong, bukan senang tahu mahu siasat itu Tun-Tun,” katanya ketika berucap pada sambutan Pesta Ponggal Kebangsaan di Dataran Majlis Perbandaran Klang, malam ini.

Beliau menambah, semua siasatan dilakukan adalah memastikan kebajikan rakyat terjaga secara keseluruhannya.

Tegas Anwar, pihaknya akan terus mencari kebenaran dalam siasatan mana-mana kecurian dana di negara ini.

“Siasat ketua kampung senang, siasat cikgu sekolah Tamil lagi senang. Tetapi mahu siasat orang kaya besar curi duit, ‘you’ ingat senang ke.

“Tidak senang, tetapi kita mahu jaga ini negeri, jangan bagi orang curi harta rakyat, tolong rakyat,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan sedang menyiasat bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin berhubung dakwaan rasuah dan pengubahan wang haram, susulan sitaan sebuah bangunan, baru-baru ini.

Malah, SPRM juga sedang menyiasat anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Mirzan berhubung dakwaan pengubahan wang haram.

Siasatan ke atas ahli perniagaan terkemuka itu adalah susulan pendedahan Pandora Papers atau Kertas Pandora. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI