fbpx

EPL: Arsenal ‘kenduri gol’ benam Crystal Palace

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BINTANG Arsenal, Gabriel Martinelli (kiri) terus menyerlahkan kualitinya apabila meledak dua gol untuk melengkapkan kemenangan 5-0 ke atas Crystal Palace, sebentar tadi. - AFP

 

LONDON – Arsenal memilih cara paling sempurna untuk kembali menemui rentak kemenangan apabila membelasah Crystal Palce 5-0 di Stadium Emirates, sebentar tadi.

Gabriel Martinelli yang dimasukkan bagi menggantikan Leandro Trossard muncul pemain paling menyerlah apabila meledak dua gol pantas pada masa kecederaan babak kedua.

Ia adalah kemenangan pertama The Gunners sejak sebulan lalu namun turut dibantu oleh ketumpulan jentera serangan Crystal Palace.

Terdahulu, anak buah Mikel Arteta bermula cemerlang apabila hanya memerlukan 11 minit untuk membuka jaringan menerusi Gabriel Magalhaes sebelum penjaga gol Crystal Palace ‘menhadiahkan’ gol kedua buat Arsenal pada minit ke-37.

Empat belas minit selepas aksi bersambung, Trossard turut melakar namanya selaku penjaring sekaligus menoktahkan jaringan sulungnya sejak November tahun lalu

Ketika aksi hampir pasti berakhir dengan 3-0, Martinelli seakan mendapat tenaga tambahan apabila melengkapkan dua lagi jaringan The Gunners dalam tempoh seminit di masa kecederaan.

Kemenangan itu membolehkan Arsenal mengutip 43 mata daripada 21 perlawanan, menyamai mata Manchester City dan Aston Villa. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN