fbpx

Bot karam dilanda ribut, seorang pemancing dikhuatiri lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA KANGSAR – Seorang lelaki dilaporkan hilang manakala rakannya terselamat selepas bot yang dinaiki mereka karam dalam kejadian di Empangan Chenderoh, Sauk di sini hari ini.

Difahamkan, mangsa yang hilang dikenali sebagai Muhammad Khairul Rusydan, 30.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar, Ahmad Izuwan Zakaria berkata, sepasukan anggota dihantar ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat pada pukul 5.32 petang.

Katanya, kejadian membabitkan sebuah bot dinaiki dua lelaki yang karam akibat dilanda ribut ketika sedang melakukan aktiviti memancing di Sungai Perak.

“Dalam kejadian itu, seorang lelaki berusia 41 tahun berjaya diselamatkan oleh pemancing lain manakala rakannya pula hilang dibawa arus.

“Ketika kejadian, arus sungai deras dengan angin kencang. Keadaan itu menyebabkan usaha rakan mangsa untuk menyelamatkannya tidak berjaya,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, penilaian risiko dilakukan di lokasi tempat kejadian sebelum anggota diarahkan untuk menjalankan carian di permukaan sungai dan pemantauan di lokasi mangsa tenggelam.

Katanya, operasi itu bagaimanapun terpaksa ditangguhkan ekoran cuaca gelap dan akan disambung esok, pada pukul 8 pagi.

“Operasi mencari mangsa turut dibantu oleh lima anggota Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dan BBB Lenggong selain pasukan polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Rela, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan lain-lain agensi,” katanya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI