fbpx

Bot karam: 20 nelayan darat sertai operasi cari mangsa lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
OPERASI mencari dan menyelamat mangsa lemas di Sungai Perak dekat Empangan Chenderoh, Sauk disambung hari ini. IIHSAN JBPM

KUALA KANGSAR – Seramai 20 nelayan darat menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas bot yang dinaiki bersama seorang rakan karam di Empangan Chenderoh, Sauk di sini semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar, Ahmad Izuwan Zakaria berkata, operasi mencari mangsa yang dikhuatiri lemas di Sungai Perak itu disambung pada pukul 8 pagi tadi.

Katanya, terdahulu, anggota Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) telah membuat ‘underwater mapping’ bagi menentukan lokasi mangsa lemas dan kedalaman air sungai.

“Hasil tinjauan mendapati, air sungai itu berkedalaman 20 meter. Pencarian mangsa kini dijalankan dalam radius satu kilometer (km) bermula di bahagian tebing dan sekitar kawasan pulau berhampiran,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, Unit Anjing Pengesan (K9) juga digerakkan bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa.

“Selain bomba dan nelayan darat, operasi turut disertai pasukan polis, Angkatan Pertahanan Malaysia (APM), Rela dan Tenaga Nasional Berhad (TNB),” katanya.

Semalam, sebuah bot yang dinaiki dua lelaki karam akibat dilanda ribut ketika sedang melakukan aktiviti memancing di Sungai Perak.

Dalam kejadian sekitar pukul 5 petang itu, seorang lelaki berusia 41 tahun berjaya diselamatkan oleh pemancing lain manakala rakannya hilang dibawa arus. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI