fbpx

13 terkorban dalam kebakaran asrama sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tidak dinyatakan jumlah kanak-kanak yang terkorban dalam insiden itu. - 123rf

BEIJING – Seramai 13 orang maut dalam satu kebakaran asrama sebuah sekolah di wilayah tengah China, Henan, semalam.

Agensi berita Xinhua melaporkan, kebakaran di Sekolah Yingcai, dalam Kampung Yanshanpu dilaporkan kepada pihak bomba pada pukul 11 malam (waktu tempatan) semalam.

Seramai 13 orang dilaporkan terkorban, lapor Xinhua sambil menambah, seorang cedera.

“Pasukan penyelamat tiba di tempat kejadian dengan pantas dan api dapat dipadamkan pada pukul 11.38 malam (waktu tempatan),” kata Xinhua.

Namun, tidak dinyatakan jumlah kanak-kanak yang terkorban dalam insiden itu.

Mangsa yang terselamat dilaporkan sedang menerima rawatan di hospital terdekat dan berada dalam keadaan stabil.

Pihak berkuasa masih menyiasat punca kebakaran, manakala sekurang-kurangnya seorang individu berkaitan dengan sekolah tersebut telah ditahan.

Kampung Yanshanpu terletak di pinggir bandar Nanyang, yang merupakan sebuah bandar dengan hampir 10 juta penduduk. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI