fbpx

Tujuh subjek jawab sehari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Seorang bapa meluahkan rasa kecewa setelah mendapati anaknya terpaksa menjawab tujuh subjek peperiksaan dalam masa satu hari.

Menurut hantaran Azrai Mohammad di laman Facebook, perkara tersebut berlaku disebabkan tarikh peperiksaan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) dan Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) yang bertindih.

Tambah Azrai, sebagai bapa, dia juga berasa risau dengan prestasi anaknya yang bakal menghadapi dua jenis peperiksaan dalam tempoh yang sama.

“Minggu ini dan minggu hadapan adalah minggu peperiksaan bagi anak saya di tahun lima.

“Ceritanya, dia terpaksa hadapi dua jenis peperiksaan, satu di sekolah kebangsaan pada waktu pagi dan satu lagi di sekolah agama pada waktu petang.

“Kedua-dua peperiksaan ini adalah dua entiti yang berbeza,” katanya.

Azrai berkata, kedua-dua peperiksaan tersebut dijalankan pada tarikh yang sama.

Tambah Azrai, atas beberapa faktor, sekolah agama telah menulis surat kepada Guru Besar agar memberi pelepasan kepada pelajar agar tidak diwajidbkan hadir sekolah kebangsaan pada waktu pagi sepanjang tempoh UPKK berjalan.

“Alasannya untuk memudahkan urusan. Sebabnya, ustaz-ustazah kena uruskan dan bawa pelajar-pelajar ambil peperiksaan di pusat peperiksaan di lokasi lain.

“Jadi perkara itu ambil masa dan perlu diselaraskan,” katanya.

Bagaimanapun, untuk mengelakkan masalah ketidakhadiran, sekolah kebangsaan pula membuat keputusan untuk tidak melayan permohonan yang dibuat oleh sekolah agama.

“Alasannya, ketidakhadiran murid tahun lima jumlahnya ramai.

“Katanya, ikut pengiraan, murid hanya boleh tidak hadir dalam 12 hari setahun utk dapat lingkungan 90 peratus kehadiran. Jadi, prestasi ni sekolah kena jaga,” katanya.

Bagi mengelakkan masalah pertindihan, murid-murid tahun lima diminta agar mengambil peperiksaan UASA pada hari Jumaat, tujuh subjek sekaligus.

“Sebagai ayah, saya mestilah berharap agar anak tidak ketinggalan dalam apa juga jenis peperiksaan untuk setiap subjek.

“Tapi tujuh subjek periksa sekali jalan agak-agaklah cikgu,” katanya.

Tambah Azrai, dalam kes tersebut, tidak ada sesiapa salah atau betul kerana semua pihak tertekan dan ditekan oleh pihak lain.

“Apa yang pasti, anak saya esok yang kena jawab tujuh subjek sekali gus. Agak-agak keputusannya nanti mampu jaga prestasi sekolah?

“Cikgu ditekan, tertekan akhirnya menekan?,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI