fbpx

Terkejut Pasar Selayang masih kotor selepas 10 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan sampah sarap yang bersepah di kawasan sekitar Pasar Selayang dikongsi di aplikasi X semalam.

PETALING JAYA – Pengotor! Itu yang dapat digambarkan keadaan di sekitar Pasar Harian Selayang apabila sampah sarap dibuang merata-rata oleh peniaga dan pengunjung di situ.

Gambar keadaan sekitar jalan Pasar Selayang dipenuhi sampah tersebut dikongsikan menerusi aplikasi X oleh @zhrshd91 sekali gus mengundang maklum balas kecewa daripada orang ramai.

“Saya dalam perjalanan balik ke Kuala Lumpur dari Rawang, saja singgah sini nak beli barang.

“Sudah lebih 10 tahun tak masuk dekat Pasar Selayang, kotornyalah. Ini dah berapa bulan punya sampah dan sepanjang jalan macam ini keadaannya,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, pengguna laman sosial turut meluahkan perasaan sedih dengan sikap yang ditonjolkan tersebut.

“Lama dah kawasan Selayang macam ini,” komen Azwan.

“Sampah sarap bertimbun, sakit mata bila lihat ini,” tulis @akutaksepertimu.

Perkongsian gambar ini telah tular di media sosial dengan mendapat 475 perkongsian sejak ia dimuat naik semalam. — KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI