fbpx

Piala Asia: Bahrain ada ramuan atasi Harimau Malaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Di atas kertas, Bahrain dilihat memiliki kelebihan berbanding Malaysia memandangkan kedudukan ranking yang lebih tinggi di posisi ke-86 berbanding Harimau Selatan di tempat ke-130. - Foto oleh AFC

PETALING JAYA – Ketua jurulatih Bahrain, Juan Antonio Pizzi menganggap Malaysia bukan lawan yang mudah menjelang aksi getir Kumpulan E saingan Piala Asia 2023 malam esok.

Menurut Pizzi, barisan pemain sudah bersedia untuk berikan seratus peratus di atas padang dalam usaha mencerahkan kembali peluang untuk mara ke pusingan kalah mati.

“Ini adalah perlawanan penting buat kedua-dua pasukan yang hanya memburu tiga mata penuh.

“Sudah pasti kami telah melakukan analisis mengenai corak permainan Malaysia ketika bertemu Syria dan Jordan sebelum ini.

“Mereka bukanlah lawan yang mudah dan memiliki ramai pemain yang pantas dan berkualiti.

“Namun, saya percaya dengan keupayaan pasukan dan barisan pemain untuk berikan tumpuan penuh dalam usaha melakar kemenangan nanti,” katanya pada sidang media sebentar tadi.

Pizzi dianggap sebagai salah seorang jurulatih elit berkelas dunia yang menjadi pengendali pasukan yang bersaing pada kempen Piala Asia 2023 kali ini selain Roberto Mancini (Arab Saudi) dan Jurgen Klinsmann (Korea Selatan).

Pakar taktikal berusia 58 tahun ini pernah mengendalikan Arab Saudi selain menjulang trofi Copa America bersama Chile pada edisi 2016 yang lepas.

Di atas kertas, Bahrain dilihat memiliki kelebihan berbanding Malaysia memandangkan kedudukan ranking yang lebih tinggi di posisi ke-86 berbanding Harimau Selatan di tempat ke-130.

Malah, rekod yang lepas juga menyaksikan skuad Dilmun Warriors itu tidak pernah tewas hampir 46 tahun dengan Malaysia selain mencatat tujuh kemenangan daripada 12 pertemuan antarabangsa sebelum ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI