fbpx

Penampakan UFO 3 cahaya di Beijing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEJUMLAH penduduk melihat UFO (cahaya besar) di Beijing dan beberapa buah bandar lagi di China, Isnin lalu. - Foto 1337nubcakes/Twitter

BEIJING  –  Sejumlah penduduk di Beijing dan beberapa bandar berdekatan melihat tiga cahaya yang bergerak seperti awan, dipercayai objek terbang tidak dikenali (UFO), lapor portal berita MailOnline.

Rakaman video tentang  fenomena itu membanjiri platform media sosial China pada Isnin lalu.

Sebilangan netizen berkata, UFO tersebut berupa bola cahaya berkabus yang bergerak dari barat ke timur tanpa mengeluarkan sebarang bunyi.

Menurut seorang pengguna laman sosial Weibo, ketika kejadian cuaca di Beijing cerah, manakala dia pasti objek bercahaya itu bukan pesawat kerana tiada lampu yang berkelip-kelip.

Bola cahaya itu dilihat dari langit Beijing hingga ke bandar Tianjin dan wilayah Shanxi di tengah China.

Seorang lagi netizen memberitahu, objek itu mempunyai tiga sumber cahaya dan berbentuk segitiga sebelum hilang tanpa jejak.

Seorang penduduk Beijing kemudian menulis: “Apakah benda ini? Ia terbang  sangat pantas dan muncul  di hadapan saya secara tiba-tiba.”

Seorang ahli astronomi turut mengemukakan teori bahawa UFO tersebut mungkin roket angkasa lepas yang digunakan untuk melancarkan satelit Starlink milik SpaceX pada Ahad lalu. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI