fbpx

Peluang Irfan, Andre tempa sejarah ke Olimpik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IRFAN akan turun menghadapi dua kejohanan jemputan di Australia bulan depan dalam misi merebut tiket ke Sukan Olimpik Paris 2024.

PENGARAH Teknikal Kejurulatihan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Robert Ballard berharap Muhammad Irfan Shamsuddin dan Andre Anura Anuar menggunakan dua kejohanan jemputan di Australia bulan depan sebagai peluang memburu tiket ke ­Olimpik Paris 2024.

Menurutnya, kejohanan jemputan di Adelaide dan Melbourne pada 10 serta 15 Februari nanti adalah penting buat jaguh lempar cakera serta lompat kijang negara itu untuk tampil cemerlang mengutip mata kelayakan ke Paris 2024.

Irfan ketika ini berada dalam kedudukan terbaik untuk layak secara merit ke Paris 2024 apabila menduduki ranking No. 53 dunia dan Ballard berharap kedua-dua atlet tersebut dapat memperbaiki kedudukan untuk berada dalam kelompok 32 terbaik pada Jun nanti.

“Ini adalah berita baik untuk mereka cuba layak beraksi di ­Olimpik. Kami sangat teruja ke­rana mereka mendapat jemputan untuk menyertai kedua-dua kejohanan itu yang mana anda perlu berada di tahap tertentu di dunia untuk terpilih.

“Kami berharap mereka berdua dapat melakukan yang terbaik di Australia. Kedua-duanya berada pada prestasi terbaik ketika ini di bawah seliaan jurulatih masing-masing.

“Jika mereka dapat memperbaiki kedudukan ranking, ia dapat memberikan motivasi apabila pulang untuk menyertai Terbuka Malaysia nanti. Mereka perlu pamer prestasi konsisten untuk layak ke Olimpik.

“Irfan ketika ini menduduki ranking ke-53 dunia dan dia perlu menyertai kejohanan Road To Paris. Dia perlu berada dalam kedudukan 32 terbaik pada hujung Jun. Andre pula ketika ini menduduki ranking ke-29 dalam Road To Paris,” kata Ballard.

Dalam pada itu, Ballard turut berharap kedua-dua atlet tersebut terus bekerja keras dan menampilkan aksi terbaik.

“Sebab itu kejohanan di Australia amat penting kerana stan­dard di sana tidaklah sesukar seperti di Eropah atau Amerika, jadi mereka berpeluang untuk mengutip mata.

“Sangat sukar untuk layak ke Olimpik, hanya beberapa (atlet) yang berpeluang melakukannya, jadi kami mahu memberikan segala peluang dengan sebaik mungkin,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI