fbpx

Pelajar terjatuh cinta dengan cikgu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar perkongsian tular itu di aplikasi X.

PETALING JAYA – Seorang guru lelaki berkongsi mesej seorang pelajarnya dalam aplikasi WhatsApp yang meluahkan rasa cinta dan ingin menjalinkan hubungan lebih rapat.

Menerusi tangkap layar perkongsian yang dimuat naik di aplikasi X, guru tersebut memberitahu bahawa dirinya tidak lagi mengajar di sekolah berkenaan dan mendoakan kejayaan pelajarnya itu.

Si pelajar memberitahu bahawa dia enggan berpisah dengan guru tersebut kerana tidak berasa semangat untuk belajar jika guru itu tiada disampingnya.

Dia kemudian mula meluahkan isi hatinya kepada guru berkenaan.

“Boleh tak Sir jangan pindah?” soalnya.

Dia memberitahu bahawa dia menyukai lelaki itu dan ingin gurunya kembali mengajar semula di sekolah itu.

“Saya rasa saya dah jatuh cinta dekat Sir, tolonglah Sir balik sekolah dan ajar saya semula,” katanya.

Hantaran tersebut menjadi tular dan menerima pelbagai komen daripada netizen.

“Tidak salah cikgu kacak. Buat rosak perkara ini ialah murid yang tidak sedar perasaan menguasai akal.

“Didikan emak ayah sangat penting untuk budak menginjak zaman remaja. Gedik dan mengada adalah perkara biasa bagi perempuan,” komen Izzat.

“Dulu pun ada juga macam ini tapi pakai surat cintalah,” tambah Adam Lenin. — KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI