fbpx

Pelajar sekolah guna helah ditahan polis, tipu duit ibu RM25,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KESEMUA tertuduh dihadapkan ke Mahkamah Majistret Alor Gajah, Melaka atas pertuduhan memperdaya seorang wanita tahun lalu. PIX/ MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI

ALOR GAJAH – Seorang pelajar tingkatan tiga didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan memperdayakan ibu angkatnya dengan helah kononnya ditahan polis sehingga mendorong mangsa menyerahkan wang sebanyak RM25,000, tahun lalu.

Tertuduh yang berusia 15 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Nurul Bahiyah Kamaluddin.

Turut didakwa bersamanya adalah rakan sekolahnya berusia 17 tahun dan seorang lagi tertuduh, Azri Zulhusni Nodin, 29, yang terlibat sama.

Berdasarkan kertas pertuduhan, remaja lelaki berusia 15 tahun itu bersama dua lagi tertuduh didakwa telah memperdayakan mangsa yang berusia 58 untuk menyerahkan wang tunai berjumlah RM25,000 bagi urusan melepaskan orang dalam tahanan yang tidak wujud.

Kesalahan itu dilakukan kira-kira pukul 11 pagi di pekan Masjid Tanah dalam daerah Alor Gajah pada 29 November 2023.

Sabit kesalahan kesemua tertuduh berdepan hukuman penjara tidak kurang satu tahun dan maksimum 10 tahun dan dengan sebatan dan boleh juga dikenakan denda mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 109 akta yang sama.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Sharina Farhana Nor Sa’ari mencadangkan dua remaja tersebut dikenakan jaminan sebanyak RM8,000 setiap seorang, manakala RM10,000 untuk Azri Zulhusni.

Nurul Bahiyah kemudian membenarkan dua remaja itu diikat jamin sebanyak RM1,500 setiap seorang, manakala Azri Zulhusni dijamin RM6,000 dengan seorang penjamin. Beliau turut menetapkan tarikh 19 Februari depan untuk sebutan semula kes dan lantikan peguam.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI