fbpx

MotoGP: Jorge Martin enggan ulangi kecewa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARTIN berazam untuk melakar sejarah menjadi pelumba satelit pertama memenangi gelaran juara dunia pada musim baharu nanti. - AFP

LONDON – Pelumba Sepanyol, Jorge Martin akan memberikan segalanya untuk memastikan dia tidak lagi terlepas untuk menjulang gelaran Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) musim 2024 ini biarpun bersaing bersama pasukan satelit Ducati, Pramac Racing.

Martin percaya kelebihan untuk memenangi gelaran dunia MotoGP pasti dimiliki pelumba utama Ducati, tetapi ia tidak bermakna pasukan satelit seperti Pramac tidak boleh melakukan kejutan memandangkan mereka juga dibekalkan jentera yang sama.

Pada tahun lalu, Martin hampir menjadi pelumba satelit pertama memenangi gelaran kelas utama, namun pelumba utama Ducati, Francesco Bagnaia tidak membuat laluan mudah kepada pesaingan itu sekali gus menjulang gelaran dunia berturut-turut.

Bagaimanapun, Martin percaya peluang seperti itu akan datang sekali lagi apabila Ducati telah berjanji kepadanya apabila akan memberi sokongan penuh terutama komponen termasuk juga perkongsian data musim menjelang musim 2024 ini nanti.

“Satu-satunya cara untuk mengukir sejarah adalah dengan memenangi gelaran dunia dalam pasukan satelit adalah memiliki jentera yang terbaik.

“Kini saya mempunyai peluang itu kerana Ducati juga memberikan kepada saya jentera terbaik dan mahu saya meninggalkan pasukan ini dengan perasaan yang gembira.

“Saya sentiasa berfikir bahawa jika anda menunggang jentera utama Ducati dan anda akan dapat satu kelebihan. Jadi, saya akan lakukan terbaik dan memperjuangkannya hingga ke akhir,” kata Martin.

Pada musim 2024 nanti, Martin akan menghadapi saingan lebih sengit apabila bekas pelumba Repsol Honda, Marc Marquez turut menggunakan jentera Ducati selepas berpindah menyertai pasukan Gresini Racing. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI