fbpx

KPM pantau setiap jam iDME – Fadhlina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadlina bercakap pada sidang akhbar pada Majlis Amanat Tahun Baharu 2024 KPM di Putrajaya tadi. - Foto oleh FAISOL MUSTAPA

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) akan memantau Sistem Pengurusan Identiti (iDME) setiap jam bagi memastikan sistem itu berada dalam keadaan baik.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, pihaknya juga menambah baik sistem itu dari semasa ke semasa supaya ia dapat digunakan sepenuhnya bagi tujuan pentaksiran anak-anak di sekolah.

“Kita akan tambah baik sistem itu dari semasa ke semasa. Kita memang pantau setiap jam untuk memastikan ia berada dalam keadaan baik,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Amanat 2024 KPM di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas saranan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) yang mahu KPM melihat semula penggunaan sistem terbabit.

Semalam, Setiausaha Agung NUTP, Fouzi Singon berkata, pihaknya menerima keluhan daripada guru-guru yang mengakui amat tertekan dengan sistem terbabit.

Menurutnya, sistem itu seolah-olah tidak berfungsi walaupun ada guru menggunakan internet 500mbps dan ia masih lagi perlahan dan sukar menyelesaikan pengisian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI